SALAM MAULIDUR RASUL ^_^ DARI AYUZIEE TECHNOLOGY BERSAMA KITA AMBIL KEBERKATANNYA DENGAN MENYERTAI NIVOVO CLUB SEIRING DENGAN KEMAJUAN TECHNOLOGY PADA MASA HADAPAN

ShoutBox



Sunday, February 20, 2011

Menyelami Personaliti Dari Moon Sign

Tentu korang sudah pun mengetahui mengenai zodiak kelahiran korang. Contohnya seperti Libra, Scorpio, Sagitarius, Gemini dan sebagainya. Dimana, dengan mengetahui zodiak kelahiran, korang boleh mengetahui personaliti diri korang. Tahu kan? Tapi saya yakin, korang tentu tidak mengetahui yang zodiak-zodiak kelahiran yang korang tahu itu dipanggil ‘Sun Sign‘. Jadi bagaimana pula dengan ‘Moon Sign‘?

Untuk pengetahuan, seseorang yang tarikh lahirnya jatuh pada zodiak Libra dalam ‘Sun Sign‘, tidak semestinya mempunyai zodiak yang sama dalam ‘Moon Sign‘. Begitu juga dengan yang lain-lainnya. Tentu ada yang tertanya-tanya, apa pentingnya mengetahui ‘Moon Sign‘? Jika kita sudah boleh mengetahui personaliti kita dari ‘Sun Sign‘, jadi apa pula kelebihannya kita mengetahui ‘Moon Sign‘? Sebenarnya, personaliti yang kita ketahui dari ‘Sun Sign‘ merujuk kepada karakter diri kita. Manakala dari segi emosi dan perasaan dalaman kita, ia dipengaruhi oleh ‘Moon Sign‘ kita. Contohnya, seseorang yang berzodiak ‘Sun Sign‘ LEO dikatakan seorang yang tegas. Tetapi oleh kerana ‘Moon Sign‘ nya berzodiak CANCER iaitu beremosi lembut dan penyayang, maka orang itu mempunyai karakter ketegasan secara fizikal tetapi lembut di hati.

Jadi macam mana kita nak tahu? Untuk mengetahui zodiak ‘Moon Sign‘, korang boleh dapatkan ia disini, Moon Sign Calculator. Dengan syarat, korang kena tahu waktu jam korang dilahirkan. Kalau tak tahu, boleh cari dekat sijil kelahiran, ok? huhu~

Dibawah ini pula, saya senaraikan secara ringkas karakter seseorang mengikut zodiak ‘Moon Sign‘…

Moon Of Aries

Rasa tenang apabila dapat meluahkan perasaan dengan pedas, terbuka dan terus terang serta spontan.

Moon Of Taurus

Mahu suasana yang stabil dan kehidupan yang rutin. Kesabaran yang tinggi untuk membina sesuatu dengan perlahan. Mahu merasai kehidupan dengan kesemua deria rasa.

Moon Of Gemini

Mahu suasana yang penuh keceriaan dan kepelbagaian. Mahu bergerak sana sini dan jarang mahu bersama seseorang dengan tempoh masa yang lama.

Moon Of Cancer

Suka berkongsi emosinya dengan orang lain dan mahu mengasuh orang dengan baik. Sensitif dan sentiasa mahu suasana dalaman rumah yang penuh dengan kasih sayang.

Moon Of Leo

Mahu meluahkan perasaan dengan cara tersendiri dan mahu dihormati orang. Pemurah, suka berkawan, berkelakuan sedikit keanakan dan bantu membina impian orang lain.

Moon Of Virgo

Sukakan menyelidik, menyusun dan mengemas kini setiap inci kehidupannya. Keupayaan membersihkan jiwa dan bagus sebagai agen penyembuh untuk orang lain.

Moon Of Libra

Pencinta perkara yang cantik dan harmoni. Mahu mencipta keseimbangan perhubungan. Namun memerlukan orang lain sebagai panduan hidupnya.

Moon Of Scorpio

Sangat beremosi boleh menyebabkan huru hara. Kemahiran merasai atau gerak hati tentang perkara yang tersembunyi dalam kehidupan.

Moon Of Sagittarius

Sukakan adventur, mahu mengembara dan sentiasa mahu belajar. Sukakan idea yang berinspirasi, perkara pelik dan sentiasa mencari pengalaman baru.

Moon Of Capricorn

Suka suasana berkerja untuk mencapai impian. Namun sukar luahkan perasaan dan mempunyai emosi yang sangat dalam.

Moon Of Aquarius

Memiliki keupayaan melihat sesuatu perkara rumit itu dianggapnya mudah. Namun sentiasa rasa kesunyian dan perlu berada didalam kumpulan orang ramai agar ceria.

Moon Of Pisces

Sangat misteri dan tertekan dengan suasana persekitaran. Seorang yang berimaginasi, kreatif dan memahami realiti kehidupan dengan baik.

No comments:

Post a Comment